IAB KPM

PETUA ERGONOMIK DI PEJABAT @ Di MAKMAL KOMPUTER

1. Kekalkan postur baik semasa bekerja. Duduk sehingga belakang anda bersandar pada kerusi (backrest).Pastikan lutut anda searas atau lebih rendah dari pinggul anda dan pastikan kaki anda disokong.

2. Pastikan siku anda dalam keadaan sudut terbuka (100°to 110°) dengan pergelangan tangan anda dalam keadaan lurus.

3. Elakkan dari mencapai objek yang jauh.Letakkan tetikus dan papan kekunci dalam posisi berdekatan.

4. Letakkan monitor didepan anda dalam jarak setengah depa. Bahagian atas monitor hendaklah berada dibawah sedikit dari paras mata.

5. Letakkan dokumen yang hendak ditaip di dalam dokumen holderdiantara monitor dan papan kekunci.Gunakan teknik menaip yang baik. Apungkan tangan anda diatas papan kekunci dan pastikan pergelangan tangan anda dalam posisi lurus ketika menaip. Jika and menggunakan ‘wristrest’, gunakan ia untuk sokongan semasa anda sedang berehat dan bukan semasa menaip. Tekan kekunci dengan perlahan.

6. Kekalkan pergelangan tangan anda dalam posisi lurus semasa menggunakan tetikus. Jangan pegang tetikus dengan kuat atau membiarkan jari anda melepasi butang tetikus. Elakkan dari menggerakkan tetikus menggunakan ibu jari atau pergelangan tangan. Gerakkan tetikus menggunakan pergerakan yang berasal dari siku atau bahu.Kurangkan pergerakan berulang.

7. Kurangkan silau.Letakkan komputer anda jauh dari tingkap atau lampu yang terang. Gunakan filter bila perlu.Rehatkan mata andadengan memandang objek jauh sekali-sekala.Lakukan kerja pada kadar yang sesuai.Rehat 1-2 minit setiap 30 minit bekerja atau 5 minit setiap sejam. Setiap 2-3 jam cuba bangun dan bergerak di sekeliling. Jika anda mengalami tanda-tanda awal, dapatkan rawatan. Tindakan awal boleh mengelakkan masalah dimasa depan.

8. Gaya hidup dan daya tahan fizikal anda akan menpengaruhi kerja.Pastikan anda sihat dengan melakukan regangan dan senaman secara kerap.

9. Sesuaikan ketinggian kerusiKaki hendaklah berada dalam keadaan rehat diatas lantai. Jika perlu gunakan ‘footrest’. Lutut handaklah berada dalam posisi searas atau rendah sedikit dengan pinggul.

10. Periksa panjang tempat duduk (seat pan)Pastikan ada ruang selebar 2-3 inci diantara belakang kaki anda dan kerusi. Jika tempat duduk terlalu pendek, ia akan menekan bahagian bawah peha dan menimbulkan rasa tidak selesa.

11. Pastikan seat pan dan backrest berada dalam sudut yang sesuai.

"Amalkan Budaya Kerja Sihat di Tempat Kerja"

Catalog

"Keep steadily before you the fact that all true success depends at last upon yourself." Theodore T. Hunger

Myspace Photo Calendar

free website hit counter code

Myspace Countdown Clock

Water Falls

Water Falls