IAB KPM

UCAPAN PERASMIAN PENGARAH CAWANGAN

UCAPAN PERASMIAN NPQEL 
FASA 1 AMBILAN 1 2018
PENGARAH CAWANGAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK

BismilLahiirrahmanirrahim,

Yang Berusaha Hj Edmund Shah bin Tambi, Ketua Jabatan JPPEP yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Pengarah Caewangan, Yang Berusaha Pensyarah Pemantau dari IAB Induk, Pn Nor Azilah Jamuri dan Pn Normala Ibrahim, Ketua-ketua Jabatan, Rakan-rakan Pensyarah, Staff AKP dan peserta-peserta NPQEL2.0 yang terpilih menjadi peserta mod baharu pada tahun ini.  Julung-julung kalinya NPQEL2.0 dilaksanakan. Jika ditinjau pada peringkat awal bermulanya NPQG ialah 2 tahun iaitu kerjasama antara IAB dengan Universiti Awam, kemudian menjadi NPQEL yang dipendekkan tempohnya menjadi 6 bulan  dan sekarang NPQEL2.0. Sejarahnya memang panjang.  Ini merupakan  inisiatif KPM untuk melatih bakal-bakal PGB . Kehadiran tuan puan adalah untuk keberlangsungan kecemerlangan pendidikan di Negeri Sarawak. Tidak banyak negara sebenarnya yang mempunyai program khusus untuk melatih bakal-bakal pemimpin sekolah. Sekalung tahniah kepada tuan puan yang telah terpilih  dan saya mengucapkan Selamat Datang ke kampus Institut Aminuddin Baki. 

Tuan-Puan,

IAB Cawangan Sarawak baru beroperasi selama 4 tahun. Cabaran yang dihadapi ialah isu-isu teknikal dalam pengurusan bangunan dan diharapkan cabaran ini dihadapi dengan hati terbuka. Adalah diharapkan tuan-tuan  memberi fokus kepada kerja buat  dan tugasan yang diberikan. Saya akan memperkenalkan barisan pensyarah yang duduk di atas pentas ini. Bermula dengan pensyarah senior IABCSwk iaitu Cik Adline Sinyap, Penyelaras NPQEL2.0 iaitu Tn Hj Edmund Shah yang juga menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah kemudian En Samen Sangod orang kuat yang menguruskan kecergasan eksekutif, Seterusnya Tn Rosli Sarip Ketua Jabatan Pentadbiran Pejabat dan Pengurusan Kewangan,  Pn Dayang Rahanah Awang Mashor, Ketua Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid, En Kidcarson Ketua Jabatan Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), En Hairolhamzi Bahroddin, Ketua Jabatran Coaching dan Mentoring, Pn Vimala Davy G Ramiah, Pn. Hasanah Sapawi, Pn Caroline Michael Umbak, Pn Jacqueline Martin, Pn Dayang Hironi Awang Kipli,  Cik Afidah Ahmat Sahari, Dr Ahmad Rafaai Ayudin, En Minhad Mohtah, En Majelan Sulong, En Jamaluddin Sabi (juga orang kuat sukan), En Suffian Jalet yang merupakan penulis lirik lagu Fly Kenyalang Fly, saudara juruacara En Philip Chayong dan Pn Kasmahsari Kassim.

Setiap orang pensyarah akan menjadi pembimbing dan penyelia kepada 3 orang peserta. Bukannya mudah untuk memastikan setiap kompetensi  dikuasai. Kompetensi tuan puan dinilai dan diukur berpandukan rubrik yang telah disediakan dalam Kamus Kompetensi NPQEL2.0. Dalam etiket  di meja makan misallnya, tuan puan dinilai bagaimana memegang sudu, cara duduk dan sebagainya.  Ketika pembentangan eksekutif dsampaikan, penggunaan frasa perlakuan amat penting untuk menunjukkan bagaimana tuan puan berfikir secara strategik, demikian juga pengalaman dalam pengurusan majlis. Justeru itu, setiap kompetensi yang diukur mesti dipamerkan dalam pembentangan. 

Walaupun tuan puan telah mempunyai pengalaman menjadi Guru Penolong Kanan (GPK) menjangkau 7 - 8 tahun, kompetensi dalam kerja buat adakalanya dalam keadaan tertentu tidak dapat ditonjolkan, adakalanya kita melakukan sesuatu dalam keadaan trial and error kerana tidak ramai GPK yang mengikuti latihan dan kursus.  Misalnya, GPK Ko Kurikulum tidak ramai yang mendapat peluang mengikuti latihan dan kursus untuk menguruskan ko kurikulum dengan berkesan dan efisien, demikian juga GPK yang lain. 

Saya pasti,  di sekolah-sekolah yang jarang-jarang dipantau oleh Pegawai Pelajaran Daerah atau pihak Nazir, ada yang kadangkala tidak mengambil endah  rekod kedatangan murid hingga boleh dikatakan tidak menunjukkan kompetensi sebagaimana sepatutnya.

GPK Pentadbiran bertanggungjawab untuk membantu ketua memantapkan pentadbiran sekolah. Justeru itu, untuk menonjolkan kompetensi dalam kerja buat, setiap dari tuan puan hendaklah sentiasa peka dan mendalami ilmu berkaitan aspek yang diurus. Tuan puan kena selalu membuat catatan berdasarkan pemerhatian, manfaatkan segala dokumen dan bahan yang ada dalam e-NPQEL2.0. Sekarang saya bertanya kepada anda semua, bersediakan anda?.

Pihak IAB menyandarkan harapan kepada tuan puan kerana masa hadapan  pendidikan  golongan muda dan remaja  adalah atas tanggungjawab besar tuan puan. Oleh hal yang demikian, tuan puan perlu membangunkan kompetensi menjadi Pemimpin Berprestasi Tinggi. Inilah hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, hasrat ibu bapa dan guru-guru juga. Tanyalah kepada ibu bapa, bagaimanakah sekolah yang ingin mereka tempatkan anak-anak mereka? tentulah sekolah yang berprestasi yang dipimpin oleh pemimpin yang berprestasi tinggi. Justeru itu, menjadi tanggungjawab dan amanah kepada pemimpin sekolah  untuk mencapai kejayaan dalam pengurusan dan kepimpinan agar menunjukkan prestasi yang baik pada peringkat daerah, negeri dan tentulah yang paling diinginkan mengangkat martabat hingga ke peringkat kebangsaan.

Kenapakah NPQEL dilaksanakan?. Pada masa kini, lantikan PGB tidak lagi semudah dahulu, apatah lagi apabila terbitnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mensasarkan untuk meletakkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah hingga bermula pada tahun 2014 Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) menjadi pra syarat untuk tujuan lantikan sebagai PGB. Bakal-bakal pemimpin perlu dilatih, agar apabila berada di kerusi pemimpin sekolah tahu apa yang hendak dan akan dilakukan waima kalau kita lihat ketika memantau,  perancangan kecemerlangan sekolah yang menekankan kepada kemenjadian murid.

Apa yang disebut oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), ialah semua kompetensi perlu digabungjalin untuk memastikan wujudnya Connecting the dot ... agar semua kompetensi dapat digabungjalin untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Terdapat 9 bidang yang merupakan dot ... dot ...dot yang perlu bersambung dan saling berhubung bagi memastikan wujudnya kecemerlangan sekolah. Penting juga melihat pengurusan sumber dan operasi. Jika ditinjau dalam unit-unit yang lebih kecil, banyak lagi dot dot dot yang perlu disambung.

Justifikasi inilah diambil kira dalam menawarkan latihan NPQEL. Dalam kalangan pensyarah ada lepasan NPQH Ambilan 1 iaitu En Samen Sanggod, Peluang yang tuan puan dapat gunakan sebaik mungkin.  Setelah berkursus dan mendapat Sijil NPQEL2.0 nanti, kebarangkalian tuan puan akan dilantik mengisi kekosongan adalah tinggi. Jadi, hendaklah dari sekarang memasang tekad untuk menunjukkan kompetensi yang tinggi agar mencapai tahap 4 (lanjutan) dan tahap 5 (pakar) untuk menjadi pemimpin berprestasi tinggi.  Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap 5. Usahalah dengan gigih agar setelah kembali ke sekolah, tuan puan sudah bersedia terutamanya untuk berhadapan dengan ibu bapa. 

Sekolah masa kini amat memerlukan PGB berprestasi tinggi dan berwawasan apatan lagi dalam konteks di Sarawak  Jika kita amati trend ucapan Menteri Pendidikan Sarawak, beliau menekankan aspek-aspek berikut:
1. Melonjak keluar dari status quo - UPSR, PT3, SPM dan STPM
2. Meningkatkan pencapaian dalam bidang STEM
3. Pembangunan fizikal  dan pendidikan sekolah luar bandar
Pada masa kini dan akan datang, penguasaan Bahasa Inggeris menjadi satu keutamaan. Sarawak akan menuju pemodenan dan kemajuan pada masa yang akan datang. Maka anak-anak yang mahir Bahasa Inggeris dan STEM amat diperlukan untuk mengisi peluang pekerjaan yang terbuka. Apakah peranan kita untuk membantu melonjakkan pendidikan Sarawak agar keluar dari status quo dan stigma terkebelakang antara negeri-negeri yang lain? Sentuhan PGB berprestasi tinggi amat perlu untuk membangunkan anak-anak di kawasan luar bandar dan pedalaman. Andai PGB tidak kompeten untuk mengurus manusia, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan dan perubahan tidak akan berlaku.

Lazimnya ibu bapa hanya akan datang ke sekolah jika anak mereka didenda atau untuk mendapatkan bantuan awal persekolahan, jarang sekali mereka datang untuk bertanya sejauhmana kemajuan yang dicapai oleh anak mereka kepada guru-guru. Justeru itu, apabila ditempatkan di sekolah nanti, jangan sesekali mengundur diri atau berpatah balik, terus pikul amanah dengan sebaik mungkin  untuk membangunkan anak bangsa, Menteri Pendidikan Sarawak sendiri telah menyeru agar mereka yang berkelayakan memohon mengikuti NPQEL2.0 ini agar mendapat ilmu dan kemahiran tentang pengurusan sekolah dan memiliki kompetensi untuk menjadi PGB.

Hendaklah menjadi PGB yang berwawasan dan berfikir strategik bagi meletakkan sekolah pada landasan yang betul. Di bahu kitalah tugas ini diamanahkan dan menuntut komitmen yang tinggi untuk dilaksanakan.  Maka gunakan peluang yang ada ini untuk sama-sama berjuang untuk mencapai kecemerlangan pendidikan Sarawak. Cabaran tetap ada, tinggal bagaimana cara cabaran itu dihadapi dan diatasi.

Pada sesi NPQEL yang lalu, peserta dari Sarawak telah muncul sebagai peserta cemerlang dalam Komensmen yang lalu, Saya mengharapkan lebih ramai lagi peserta terbaik dari Sarawak. Semoga semuanya menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak ada yang gagal untuk menamatkan kurus dan latihan ini setelah borang aku janji ditandatangani.  Sebelum tandatangan aku janji jika ada sesiapa yang ingin menarik diri masih dibenarkan.  Tugas kita ialah ,melahirkan pemimpin sekolah yang cemerlang. Jika gagal dalam mengurius dan mentadbir sekolah dan membentuk kemenjadian murid, masyarakat akan menuding kesallahan kepada pemimpin sekolah, 

Tuan-tuan,

Perjuangan kita menuntut pengorbanan. Jadikan tekanan sebagai cabaran yang positif. Bangkitkan kembali semangat kenyalang dallam diri kita semua. Gunakan peluang ini,waima  belum tahu bila akan dilantik sebagai PGB. Tolak segala unsur negatif serta tahan cabaran dan menjadi teladan kepada mereka yang lain. Ramai lulusan NPQH dan NPQEL telah menunjukkan kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya mereka.

Harapan saya, selesakan diri anda dengan persekitaran di IAB Cawangan Sarawak. Sentiasalah berhubung dengan pembimbing dan penyelia anda serta mengumpul maklumat menggunakan pelbagai sumber misalnya e-resos dalam eNPQEL. Hendaklah patuhi segala peraturan yang berkuatkuasa dan sentiasa berazam memperbaiki setiap kompetensi yang ditaksir. Saya mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan pensyaerah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan yugas dan peranan masing-masing.  Sebarang keterlanjuran kata, saya memohon maaf. Lain orang lain pemikiran,. Ilmu itu ibarat kata, disimpan tidak kemana tetapi jika dikongsi dapat memberi manfaat.

Dengan berakhirnya ucapan ini, saya merasmikan pembukaan NPQEL2.0,
Terima kasih.

ICT online Quiz

http://www.teach-ict.com/ecdl/module_1/module_1tests.htm

Catalog

"Keep steadily before you the fact that all true success depends at last upon yourself." Theodore T. Hunger

Myspace Photo Calendar

free website hit counter code

Myspace Countdown Clock

Water Falls

Water Falls